Empat pesilat negara mara ke final Kejohanan Silat Remaja Dunia
Astro Arena
Disember 28, 2015 07:17 MYT
Disember 28, 2015 07:17 MYT
Empat daripada lima pesilat negara berjaya mara ke final dalam Kejohanan Silat Remaja Dunia 2015 yang diadakan di Stadium Titiwangsa pada Isnin.
Skuad Malaysia kini berada dalam sasaran untuk menjadi juara keseluruhan.
Ketua jurulatih Fazly Mansor berpuas hati dengan keputusan hari ini dan menyarankan kepada sembilan lagi pesilat untuk berusaha gigih untuk mara ke final
Arriyandi Sahriyanto, Muizzuddin Muzaffar, Akmal Rizal Mohd Halim dan Suzana Tukiran merupakan empat finalis dari Malaysia.
Sembilan lagi pesilat bakal berentap hari ini dalam usaha untuk raih tempat ke perlawanan akhir yang bakal berlangsung pada 31 Disember ini.