Empat penerbangan khas ke Hanoi pada tambang RM449 - Tony Fernandes

Malik Ridhwan
Disember 11, 2018 22:31 MYT
Fernandes berkata, pihaknya menyediakan empat penerbangan tambahan pada tambang RM449 pergi-balik untuk penyokong Harimau Malaya. - Foto fail Bernama
Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia akan menyediakan penerbangan khas ke Hanoi sempena aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018, Sabtu ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya menyediakan empat penerbangan tambahan pada tambang RM449 pergi-balik untuk penyokong Harimau Malaya.
"Terima kasih kepada kakitangan saya kerana bekerja keras untuk mendapatkan slot penerbangan (tambahan) ke Hanoi," katanya dalam catatan menerusi Twitternya.
Fernandes turut mengucapkan terima kasih kepada krew penerbangan kerana terpaksa membatalkan cuti mereka untuk mengendalikan penerbangan tambahan tersebut.

Ultra tony here. 4 extra flights at RM 449 return out on for ultra malaysia fans to go to hanoi. Thank you to my staff who worked so hard to get slots . Also thanks to the crew operating as they give up their holiday to so these flights. Go malaysia.

— Tony Fernandes (@tonyfernandes) December 11, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Jumaat, Fernandes berkata jumlah pesawat yang bakal disediakan bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa lapangan terbang Hanoi.
Terdahulu, ketika aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Rajamangala, Thailand baru-baru ini, AirAsia menyediakan sebuah pesawat penerbangan khas membawa penyokong Harimau Malaya khususnya anggota kelab Ultras Malaya.
Dalam kegembiraan ini, Fernandes turut menyuarakan kekecewannya terhadap pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Katanya, selama ini apabila AirAsia melakukan penerbangan amal, penerbangan percuma serta penerbangan khas seperti dilakukan untuk Ultras, MAHB tidak pernah memberi pengecualian khas seperti cukai lapangan terbang percuma.
''Dalam tempoh 17 tahun kami mencuba yang terbaik untuk membantu orang ramai, bukan sesuatu yang senang. Kami diserang oleh beberapa pihak, namun ramai di luar sana menghargai apa kami lakukan,'' kata Fernandes.

In all these years when @AirAsia puts on charity flights, free flights , special flights for ultras , malaysia airport have never given free airport tax. 17 years we do our best to help people. Not easy. Always whacked by many but most of the masses appreciate what we do.

— Tony Fernandes (@tonyfernandes) December 11, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#AFF Suzuki Cup #AirAsia #cukai #Hanoi #harimau Malaya #MAHB #penerbangan khas #Tony Fernandes #Vietnam
;