Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
ASEANPLUS
Mac 19, 2024 09:30 MYT
Mac 19, 2024 09:30 MYT
TUCUMAN: Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
Pemain pertahanan Braian Cufre, penyerang Abiel Osorio, penjaga gol Sebastian Sosa dan pemain tengah Jose Florentin telah dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita berusia 24 tahun di Hotel Tucuman.
Kejadian berlaku di tempat penginapan pasukan itu selepas perlawanan Liga Atletico Tucuman pada 2 Mac.
Peguam bela wanita itu berkata kes diklasifikasi sebagai serangan seksual melibatkan hubungan seks yang teruk oleh dua individu atau lebih.
Walau bagaimanapun, Sosa menafikan tuduhan itu di akaun Instagram miliknya pada 8 Mac.
Dalam pada itu, tiga lagi pemain lain yang terbabit tidak mengeluarkan sebarang komen.
Velez menggantung khidmat dan kontrak empat pemain itu selepas pendakwa raya menjalankan siasatan dan keputusan mahkamah pada Isnin.