Emas Anuar STL: Putrajaya terus rentak kemenangan

Astro Arena
Januari 23, 2022 21:22 MYT
Putrajaya Cyborg kini mengumpul lapan mata daripada empat kemenangan untuk menghuni kedudukan keempat dalam carta STL. - Foto Astro ARENA
PUTRAJAYA Cyborg meneruskan rentak kemenangan apabila mereka menewaskan Selangor Pistons 2-1 dalam aksi Divisyen Perdana dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium Titiwangsa malam tadi.
Kedua-dua pasukan saling mempamerkan kebolehan sejak permulaan set pertama sebelum Putrajaya menang 21-19.
Perlawanan yang bersambung dalam set kedua menyaksikan Selangor bangkit menyamakan kedudukan menerusi kemenangan 21-19.
Putrajaya kembali mendapat rentak permainan namun hilang momentum penghujung permainan sebelum mengakhiri pertemuan tersebut dengan kemenangan 23-21.
Kejayaan tersebut menyaksikan Putrajaya kini mengumpul lapan mata daripada empat kemenangan untuk menghuni kedudukan keempat dalam carta STL.
#Emas Anuar STL #sepak takraw #Putrajaya Cyborg #Selangor Pistons