Elak cukai: Mourinho dihukum penjara satu tahun

Astro Awani
September 4, 2018 07:23 MYT
Jose Mourinho ketika tiba di mahkamah di Pozuelo de Alarcon, dekat Madrid, Sepanyol, 3 Nov, 2017. REUTERS / Fail
Jose Mourinho dijatuhkan hukuman penjara satu tahun sebagai sebahagian perjanjian untuk menyelesaikan kes mengelak cukai di Sepanyol.
Ejen bagi Pengurus Manchester United itu bagaimanapun gagal dihubungi untuk mengulas mengenai perkara itu.
United dan agensi pemungut cukai Sepanyol masing-masing juga enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.
Media tempatan melaporkan, Mourinho bagaimanapun tidak mungkin menghabiskan masa di dalam penjara.
Menurut pihak berkuasa cukai Sepanyol, pengurus kelahiran Portugal itu berhutang 3.3 juta euro (RM15.81 juta).
Pihak pemungut cukai Sepanyol tahun lalu memfailkan dakwaan terhadap Mourinho atas dua kesalahan penipuan cukai ketika dia menjadi jurulatih Real Madrid.
Mourinho meninggalkan Real pada 2013 untuk membimbing kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea sebelum menyertai United pada 2016.
#cukai #hutang #Jose Mourinho #Manchester United #penjara #Real Madrid #sepanyol
;