Ejen Park Hang-seo sudah adakan perbincangan dengan FAM

Astro Arena
September 2, 2024 13:00 MYT
Hang-seo merupakan antara calon pilihan untuk menggantikan kerusi panas yang ditinggalkan bekas jurulatih, Kim Pan-gon. - Stadium Astro
Ejen kepada bekas jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo, dilaporkan sudah memulakan perbincangan dengan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, memaklumkan pihak pengendali itu terbuka untuk mengadakan rundingan lanjut tetapi masih belum ada tawaran rasmi setakat ini.

Ejen Park Hang Seo sudah melakukan perbualan dengan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, terbuka untuk rundingan lanjut namun belum ada tawaran rasmi setakat ini. @ASTROARENA pic.twitter.com/hZKgIrrRDM

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebagai rekod, Hang-seo merupakan antara calon pilihan untuk menggantikan kerusi panas yang ditinggalkan bekas jurulatih, Kim Pan-gon. -- Stadium Astro
#Park Hang-seo #adakan perbincangan #Hamidin Mohd Amin #FAM #jurulatih harimau malaya