BEKAS penjaga gol Manchester United dan Belanda, Edwin van der Sar berada dalam rawatan rapi selepas mengalami pendarahan otak, perkara itu diumumkan oleh Ajax.
Van der Sar, 52, memenangi Liga Perdana Inggeris empat kali semasa di United, serta Liga Juara-Juara pada 2008, yang turut diraihnya semasa di Ajax.
Selepas bersara, Van der Sar, yang turut menikmati masa di Fulham sebelum menandatangani kontrak dengan United, kembali ke Ajax di mana dia memegang jawatan ketua eksekutif pada 2016, sebelum berundur pada penghujung musim lalu.
“Pada hari Jumaat, Edwin van der Sar mengalami pendarahan otak. Dia kini berada di hospital di unit rawatan rapi dan berada dalam keadaan stabil,” kata Ajax dalam satu kenyataan di Twitter.
“Apabila terdapat lebih banyak maklumat konkrit, kemas kini akan menyusul. Semua orang di Ajax mendoakan agar Edwin cepat sembuh. Keadaan anda sentiasa jadi keutamaan kami."
Walaupun tiada butiran lanjut diberikan oleh Ajax, Van der Sar telah dilaporkan dimasukkan ke hospital ketika berada di Croatia selepas mengalami pendarahan serebrum. - Stadium Astro
Astro Arena
Sat Jul 08 2023

Bekas penjaga gol Manchester United dan Belanda, Edwin van der Sar berada dalam rawatan rapi selepas mengalami pendarahan otak.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Ajax Amsterdam pecat Dennis Bergkamp
Bergkamp yang memulakan kerjaya profesionalnya bersama Ajax dipecat dua rakannya sendiri iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Ajax Edwin Van der Sar dan Pengarah Teknikal Marc Overmars.