Edan Syah catat 'Guinness World Record' acara maraton

Ian Johan Ariff
September 16, 2018 19:31 MYT
Catatan yang dibuat Edan mendapat pengiktirafan Guinness World Record selepas memecah rekod terdahulu, tiga jam 45 minit.
Sempena sambutan Hari Malaysia, pelari maraton dari Malaysia, Edan Syah berjaya mencatat rekod baru dunia bagi larian maraton terpantas untuk kategori memakai kostum bendera kebangsaan, dengan catatan masa 2 jam 54 minit di Festival Larian Sdyney, Australia hari ini.
Catatan tersebut jauh lebih pantas daripada sasaran yang ditetapkan olehnya Edan atau nama sebenarnya Mohd Syahidan Alias iaitu 3 jam 29 minit.
Catatan yang dibuat Edan mendapat pengiktirafan Guinness World Record selepas memecah rekod terdahulu, tiga jam 45 minit.
Edan mengenakan pakaian Jalur Gemilang yang direka khas oleh pereka tempatan yang mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Guinness World Records yang menyerupai ‘bendera manusia’ sepanjang larian sejauh 42.2 kilometer itu.
Anak jati Kuala Terrengganu itu merupakan seorang pelari bebas yang menanggung sendiri sepenuhnya perbelanjaan untuk misi memecah rekod dunia itu dan hanya mendapat tajaan AirAsia bagi tiket penerbangan ke Sydney.
#Australia #Edan Syah #Festival Larian Sdyney #Guinness World Record #Hari Malaysia #kostum bendera #Mohd Syahidan Alias #pelari maraton
;