E-Sukan: MasterRamen dikejar ke hospital akibat serangan jantung

eGG Network
Oktober 9, 2021 15:34 MYT
MasterRamen dikejar ke hospital akibat serangan jantung. Foto eGG Network
KUALA LUMPUR: Baru-baru ini, satu berita mengejutkan apabila personaliti e-sukan popular, Firdaus Hashim ‘MasterRamen’ memuatnaik satu status mengenai terkena serangan jantung sehingga dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Khamis.
Dalam status itu, MasterRamen berkata dia memohon maaf kepada semua pihak, jika ada salah dan silap.
Saya minta maaf pada semua kalau ada salah dan silap. Im in icu hkl akibat serangan jantung.
“Thanks to semua staf hkl yg bantu in time,” katanya pada status yang dimuatnaik.
Dilaporkan beliau dikejarkan ke hospital pada jam 2:26 pagi hari Khamis.
Dia juga memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatannya agar semakin stabil.
Dia ruangkan komen Facebooknya juga banyak fans dan rakan-rakan seperti Soloz turut mendoakan agar kesihatannya pulih.
Semalam juga merupakan hari lahirnya dan marilah kita doakan beliau segera pulih serta kembali seperti sedia kala.
#Masterramen #serangan jantung #egg network #e-sukan
;