e-Harimau tumpas di Bangkok
Mariah Ahmad
Januari 22, 2018 16:45 MYT
Januari 22, 2018 16:45 MYT
Kurangnya pengalaman menyukarkan pasukan Pro Evolution Soccer (PES) Malaysia untuk menyaingi pesaing dari Asia dalam kejohanan Liga PES 2v2 Asia yang berlangsung di Pantip e-Sports Arena, Bangkok, Thailand, baru-baru ini.
Pasangan pertama Norameen Burhanuddin dan Ahmad Ramli (Double Agent) tewas kepada pasukan Jepun (Mayagu Curl) 2-0, Indonesia (Surabaya Gaming) 2-0 dan Korea Selatan (Korea Rebull Gaming) 4-1 dalam Kumpulan C.
Bagaimanapun, bagi Norameen beliau sudah memberikan yang terbaik dan kurangnya pengalaman di peringkat antarabangsa serta ketajaman dari segi serangan membeza mereka dengan pemain dan pasukan lain.
Ketiadaan jurulatih profesional
Jelas Norameen, bagi mengukuhkan e-sukan PES di Malaysia pada masa depan, beberapa faktor perlu diambil kira termasuk keperluan perkhidmatan jurulatih, penasihat teknikal dan tempat latihan profesional.
“Tanpa fasiliti dan tempat latihan yang lebih profesional, agak sukar untuk e-sukan ini berkembang.
“Kita bukan sekadar mahu layak ke peringkat antarabangsa. Kita mahu lahirkan juara Asia dan juara dunia,” tambahnya.
Sementara itu bagi pasangan Khairul Amin dan Hafeez Shariffudin turut berada di kedudukan terakhir dalam kumpulan C.
#2v2
#ahmad ramli
#hafeez shariffuddin
#khairul amin
#norameen burhanuddin
#pes
#pes 18
#pes malaysia