JURULATIH Perak, Mehmet Durakovic, gembira dengan Firdaus Saiyadi yang dipanggil untuk melaporkan diri ke latihan pusat skuad kebangsaan bagi mengharungi Piala Airmarine 2019 dari 20 hingga 23 Mac ini.
Bagi Durakovic, penyenaraian Firdaus yang lebih dikenali sebagai Fi dalam kalangan rakan sepelatih adalah satu penghargaan kepada pemain terbabit.
"Saya gembira untuknya dan juga negeri Perak kerana seorang lagi pemain muda negeri ini diberi kepercayaan untuk menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya.
"Dia masih muda dan mempunyai masa depan yang cerah.
"Penyenaraiannya adalah tanda pengiktirafan daripada pihak atasan, khususnya ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe.
"Saya doakan kejayaannya dalam penampilan pertama bersama skuad negara," katanya.
Firdaus merupakan antara lima pemain Perak yang dipanggil untuk persiapan Piala Airmarine di samping Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Mohd Saad, Nazirul Naim Che Hashim dan Kenny Pallraj Raj.
Durakovic yakin Firdaus akan mendapat pendedahan berguna apabila bakal menghadapi dua perlawanan Piala Airmarine bertemu Singapura dalam perlawanan pertama (20 Mac) dan Oman atau Afghanistan dalam perlawanan kedua (23 Mac).
Selepas itu, satu lagi perlawanan bakal dihadapi mereka, iaitu aksi persahabatan antarabangsa kelas ‘A’ bertemu Nepal pada 26 Mac sebelum pemain dilepaskan ke kelab masing-masing.
Astro Arena
Thu Mar 07 2019
Bagi Durakovic, penyenaraian Firdaus yang lebih dikenali sebagai Fi dalam kalangan rakan sepelatih adalah satu penghargaan kepada pemain terbabit. - Foto Astro Arena
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
JDT berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lelaki dicari bantu siasatan samun bersenjata kedai runcit
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang di Jalan Pokok Machang, di sini semalam.
Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada syarikat pembersihan
Seorang lelaki gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk menuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan yang dimiliki warga Bangladesh.
Saya seperti dihidupkan semula - Firdaus
Kelibat Firdaus dalam senarai 25 pemain skuad negara untuk menghadapi Piala Airmarine 2019 sememangnya mencuri tumpuan.