'Dunia semakin maju, jualan tiket masih di zaman jurasik' - Peminat bola sepak

Madiha Abdullah
Disember 11, 2015 02:45 MYT
Tiket yang 'lenyap' sekelip mata seringkali jadi isu setiap kali tibanya perlawanan akhir.
Bagaikan episod drama yang diulang tayang, isu tiket sentiasa menjadi topik perbualan setiap kali adanya perlawanan bola sepak besar di negara ini.
Bukan kerana jumlah tiket, tetapi yang dikritik adalah sistem penjualan dan pengagihannya.
Entah di mana silapnya, walaupun bola sepak telah lebih 80 tahun bertapak di Malaysia, sistem penjualan tiket perlawanan masih gagal diurus dan diselia dengan baik.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, isu tiket yang 'lenyap' dalam sekelip mata menjadi fokus, walaupun pada hakikatnya, puluhan ribu tiket dikeluarkan.
Ia mengakibatkan situasi tegang di kalangan penyokong yang kebanyakannya sanggup keluar rumah awal pagi dan beratur panjang demi mendapatkan tiket.

Tiket Final Piala Malaysia habis, penyokong mengamok!

Posted by RedCakcibo.com on
Ada yang mengambil kesempatan membeli dalam jumlah yang banyak dan kemudiannya menjual dengan harga yang jauh lebih mahal.

Apabila orang tak minat bola beli tiket bola...

Posted by Sukan Star TV on
Foto kredit mudah.my.
Foto kredit mudah.my.
Turut menjadi isu tahun ini adalah bagaimana tiket yang diperuntukkan untuk penyokong Selangor di kaunter di Stadium Shah Alam juga 'dikebas' penyokong Kedah.
Ini kerana rakyat negeri Kedah juga ramai menetap di Selangor, justeru mereka merasakan lebih mudah untuk membelinya di Stadium Shah Alam.
Selain rasa tidak puas hati, netizen juga membanjiri laman sosial dengan beberapa cadangan yang dilihat mungkin dapat membantu menyelia jualan tiket dengan lebih teratur.

Sepatutnya kena tunjuk ic bagi mengelakkan penyokong lain membeli tiket yg diperuntukkan untuk penyokong Selangor. Zaman dah moden, sistem jualan tiket kita masih ditakuk lama.

Posted by HarimauMalaya on

Tengok berita sukan dalam bulletin utama TV3 tadi, ramai penyokong Selangor tak puas hati kerana tak dapat tiket....

Posted by HarimauMalaya on
Ada yang mencadangkan adalah lebih baik jika tiket yang diperuntukkan untuk penyokong Kedah, sebahagiannya dijual juga di Shah Alam.
Sistem pembelian tiket dengan kad pengenalan juga boleh dilakukan, selain pengenalan sistem tiket berlainan warna untuk dua pasukan bertanding.
BACA: Piala Malaysia: Kurang sejam 30 ribu tiket Selangor lawan Kedah habis?
Semalam, 60,000 keping tiket dilaporkan habis dijual dalam masa dua jam di Stadium Shah Alam dan Stadium Darul Aman. Sebanyak 10,000 keping tiket yang dijual secara atas talian juga telah habis dijual.
Final Piala Malaysia malam esok akan menyaksikan pertembungan Kedah dan Selangor.
#Kedah #Piala Malaysia 2015 #Selangor