Dua perlawanan pertama Liga Premier 2022 ditunda

Bernama
Mac 3, 2022 23:28 MYT
Stuart Ramalingam berkata penundaan aksi itu melibatkan Selangor FC 2 menentang Skuad Projek FAM-MSN di Stadium UiTM, Shah Alam dan PDRM FC berdepan Kuching City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memaklumkan dua perlawanan pertama Liga Premier 2022 terpaksa ditunda akibat jangkitan wabak COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam berkata penundaan aksi itu melibatkan Selangor FC 2 menentang Skuad Projek FAM-MSN di Stadium UiTM, Shah Alam dan PDRM FC berdepan Kuching City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
"Perlawanan itu masing-masing dijadual pada 5 dan 7 Mac.
"Pihak sekretariat MFL telah menerima permohonan daripada PDRM FC, seorang jurulatih dan 14 pemain mereka didapati positif dan kontak rapat bergelaja sementara dua jurulatih serta kesemua pemain Skuad Projek FAM-MSN juga ditimpa nasib yang sama," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
#COVID-19 #Liga Premier #tunda perlawanan #stuart ramalingam
;