Dua pemain skuasy kebangsaan akhiri zaman bujang

Astro Awani
Ogos 18, 2013 12:01 MYT
Dua pemain skuasy kebangsaan yang juga adik-beradik, Mohd Nafiizwan Adnan dan abangnya Mohd Nafzahizam, menamatkan zaman bujang secara serentak, pada Sabtu.
Nafiizwan, 27 tahun memilih pelajar perubatan Aufa Dahlia Bahar, 25, dari Melaka sebagai isteri.
Manakala, Mohd Nafzahizam, 28 tahun mengakhiri zaman bujangnya dengan gadis dari selangor dikenali sebagai Nor Fahana.
Majlis persandingan mereka berlangsung di Sewan Sivik Taman Perumahan Gong Dadak, Kuala Terengganu.
Antara tetamu yang hadir ialah bekas pemain kebangsaan Azlan Iskandar dan Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.
#Mohd Nafiizwan Adnan #mohd nafzahizam #Skuasy
;