Dua pemain ragbi Fiji ditahan langgar peraturan kuarantin
Astro Awani
April 6, 2020 16:30 MYT
April 6, 2020 16:30 MYT
KESATUAN Ragbi Fiji mengkritik dua pemain profesional utama negara itu yang ditahan pihak berkuasa selepas gagal mematuhi arahan kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari luar negara.
Media Fiji menyebut salah seorang pemain tersebut adalah Semi Kunatani yang beraksi untuk kelab yang berpangkalan di London, Harlequins, manakala identiti seorang lagi pemain yang ditahan tidak didedahkan.
Mereka pulang ke Fiji melalui Singapura.
Kedua-dua pemain membarisi skuad Fiji sevens yang memenangi emas pada Olimpik Rio de Janeiro pada 2016.
"Kami mengutuk tindakan kedua-dua pemain itu dengan tidak mengendahkan peraturan untuk mengasingkan diri," kata Ketua Eksekutif Ragbi Fiji, John O'Connor.
Setakat ini, Fiji telah melaporkan 12 kes positif Covid-19.