Dua pemain kebangsaan England dalam radar Man Utd

Astro Arena
September 10, 2024 09:00 MYT
Eberechi Eze (kiri) dan Jarrad Branthwaite telah dinamakan sebagai sasaran seterusnya oleh Manchester United.
NAIB juara Perisai Komuniti, Manchester United, dilaporkan sedang merancang pembelian terbaru berkaitan dua pemain kebangsaan England semasa jendela perpindahan sedang dibuka.
Setakat ini, The Red Devils sudah mendapatkan khidmat lima pemain baru termasuk Leny Yoro, Joshua Zirkzee, Matthijs de Ligt, Noussair Mazraoui dan Manuel Ugarte bagi merebut kejuaraan takhta Liga Perdana Inggeris (EPL).
Eberechi Eze dari Crystal Palace dan Jarrad Branthwaite dari Everton telah dinamakan sebagai sasaran seterusnya skuad kendalian Erik ten Hag untuk mengisi kekosongan barisan pemain terutamanya bahagian pertahanan dan tengah pasukan.
Pun begitu, kedua-dua pemain tersebut masih mempunyai baki kontrak bersama kelab masing-masing sambil beberapa pemain akan dilepaskan seperti Christian Eriksen dan Casemiro. - Stadium Astro
#bola sepak #Manchester United #pemain England #Liga Perdana Inggeris
;