Dua pegawai sukan minta isu Sukan Komanwel dihentikan

Astro Arena
Ogos 10, 2014 11:03 MYT
Gagal capai sasaran itu antara tajuk perbincangan penggiat sukan di Malaysia ketika ini
Dua pegawai sukan negara meminta isu menuding jari susulan prestasi hambar Sukan Komanwel Glasgow 2014 dihentikan.
Sekiranya berterusan, kontinjen negara dikuatiri akan ditimpa satu lagi kegagalan iaitu di temasya Sukan Asia 2014 yang bakal berlangsung di Incheon, Korea.
Gagal capai sasaran, salah persatuan, buang duit rakyat itu antara tajuk perbincangan penggiat sukan di Malaysia ketika ini.
Semuanya ekoran kegagalan Malaysia mencapai sasaran tujuh pingat emas di Glasgow.
Memang baik mencari punca kegagalan ini, tapi soalnya kita asyik mempersalahkan sesama sendiri sedangkan Sukan Asia hanya 41 hari saja lagi.
Hoki lebih terjejas kerana jika gagal meraih pingat Emas di Incheon, bermakna mereka pilih laluan sukar ke Olimpik Rio.
Dan apabila sesuatu sukan itu gagal, tempiasnya akan dirasai kontingen negara.
Glasgow sudah berlalu, Incheon pula kian menjelang.
Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
#Glasgow #Incheon #Sukan Komanwel
;