Dua jaringan Jota bantu Liverpool jinakkan Southampton

Astro Arena
November 28, 2021 00:34 MYT
Aksi Diogo Jota (kanan) ketika cuba menjaringkan gol ketika perlawanan EPL antara Liverpool dan Southampton di Stadium Anfield, Liverpool, England, 27 Nov 2021. (Foto AP)
DIOGO Jota menjaringkan gol dua kali dalam separuh masa pertama ketika Liverpool merakamkan kemenangan 4-0 ke atas Southampton di Anfield semalam.
Penyerang Portugal itu menjaringkan gol pertama kurang dua minit sejak perlawanan bermula, menampan masuk hantaran Andy Robertson sebelum menggandakan jaringan 30 minit kemudian.
Thiago Alcantara menjadikan kedudukan 3-0 sekaligus membenarkan Reds memimpin permainan sebelum Virgil van Dijk melengkapkan kemenangan dalam separuh masa kedua.
Kemenangan tersebut menyaksikan Liverpool memberikan tekanan kepada pendahulu liga, Chelsea, yang ketinggalan satu mata di belakang Blues.
#Diogo Jota #Liverpool #Southampton #EPL