Drone terhempas, ganggu perlawanan tenis Terbuka Amerika Syarikat
Syafique Shuib
September 5, 2015 16:40 MYT
September 5, 2015 16:40 MYT
Sebuah drone terhempas di Stadium Louis Armstrong, New York ketika perlawanan tenis Terbuka Amerika Syarikat.
Perlawanan pusingan kedua antara Flavia Pennetta dari Itali dan Monica Niculescu dari Romania terganggu ketika drone itu terbang di atas stadium dan kemudian terhempas di tempat duduk yang kosong.
Jurucakap Persatuan Tenis Amerika Syarikat Chris Widmaier memberitahu AP bahawa tiada siapa yang cedera dan polis New York akan “melakukan siasatan terbuka”.
Sementara itu, Pennetta terkejut dengan insiden berkenaan dan berfikiran ia adalah sebuah bom.
“Saya boleh katakan… saya merasa sedikit takut,” kata Pennetta.
Dalam perlawanan pusingan kedua itu, Pennetta menewaskan Niculescu 6-1, 6-4.
Kedua-dua mereka sepatutnya main di gelanggang yang lebih kecil namun pindah ke Stadium Louis Armstrong yang boleh memuatkan 10,000 penonton.