Drogba bukti kemampuan, lakar kemenangan ke atas Tottenham Hotspurs
Agensi
Disember 4, 2014 12:57 MYT
Disember 4, 2014 12:57 MYT
Didier Drogba membuktikan kemampuannya selaku pemain veteran, sekali gus memastikan kedudukan Chelsea di tempat teratas Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 3-0 ke atas Tottenham Hotspurs, awal pagi tadi.
Penyerang Ivory Coast itu membuka ruang untuk Eden Hazard meledak gol pertama Chelsea pada minit ke-19 sebelum beliau sendiri menewaskan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris tiga minit kemudian.
Gol ketiga Chelsea dijaringkan Loic Remy yang terus menyaksikan pasukan itu melonjak ke tempat teratas liga dengan kelebihan enam mata berbanding Manchester City di kedudukan kedua.
Remy menggantikan Drogba pada minit ke-73.
Chelsea yang dibimbing Jose Mourinho meneruskan kempen tanpa kalah dalam 21 perlawanan musim ini terutama dengan kehadiran Drogba yang kembali ke Stamford Bridge musim ini dengan kontrak pinjaman selama setahun.
Dalam perlawanan ini, Drogba menggantikan penjaring utama Diego Costa yang telah digantung.