Drogba akan bersara pada akhir musim USL

Astro Arena
Mac 13, 2018 10:59 MYT
Drogba, yang kini beraksi bersama Phoenix Rising dalam USL, telah menikmati karier hebat dalam arena bola sepak.
BEKAS pemain Chelsea dan Ivory Coast, Didier Drogba, merancang untuk bersara pada penghujung musim 2018 Liga Bolasepak United (USL).
Drogba, yang kini beraksi bersama Phoenix Rising dalam USL, telah menikmati karier hebat dalam arena bola sepak.
Penyerang, yang mencecah usia 40 tahun hari ini, bermula di Perancis dengan aksi mengagumkan bersama Le Mans, Guingamp dan seterusnya membantu Marseille mara ke final Piala UEFA 2003-04, sebelum kalah 2-0 ke Valencia yang di bawah bimbingan Rafa Benitez.
Persembahannya dalam Ligue 1 dan pertandingan Eropah mendorong Chelsea untuk menandatanganinya dan muncul menjadi salah seorang pemain paling ikonik dalam sejarah kelab tersebut.
Dalam sembilan musim di Stamford Bridge -- termasuk kepulangannya selama setahun pada 2014-15 -- Drogba memenangi empat gelaran Liga Perdana Inggeris, empat Piala FA, tiga Piala EFL dan satu Liga Juara-Juara Eropah.
Selepas berakhirnya penampilan kedua dalam pasukan itu, Drogba berhijrah ke Kanada untuk mewakili Montreal Impact dan kemudian bersama ke skuad tahap kedua, Rising, sebuah kelab yang kini sebahagian menjadi miliknya.
Dan ketika sasaran Rising musim ini adalah untuk mendapatkan francais Liga Bolaepak Utama Amerika (MLS), Drogba memutuskan persaraannya pada akhir kempen pada Oktober ini.
Bercakap kepada Telefoot, Drogba berkata: "Ia sangat seronok untuk saya bermain. Saya bermula lambat di peringkat teratas.
"Saya sangat suka bermain. Saya sangat suka peranan sebagai pemilik dan juga pemain. Saya dikelilingi oleh ramai anak muda, dan saya suka menyampaikan pengetahuan saya kepada mereka.
"Tetapi musim ini adalah yang terakhir. Saya berusia 40 tahun. Sudah tiba masanya."
#bersara #Chelsea #Didier Drogba #Ivory Coast #Liga Bolasepak United #Phoenix RIsing #USL
;