Dovizioso rangkul kejuaraan MotoGP Grand Prix Motosikal M'sia

Bernama
Oktober 30, 2016 16:35 MYT
Andrea Dovizioso (tengah) meraikan kemenangannya di podium selepas memenangi MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, disaksikan Valentino Rossi (kiri) dan Jorge Lorenzo. / Foto AFP
Penunggang Itali, Andrea Dovizioso yang mewakili pasukan Ducati merangkul kejuaraan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia selepas mencatat 42 minit 27.333 saat di Litar Antarabangsa Sepang, di sini hari ini.
Berada di tempat kedua dan ketiga adalah dua penunggang Movistar Yamaha MotoGP, Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo.
Rossi ketinggalan 3.115 saat di belakang Dovizioso manakala Lorenzo pula 11.924s lebih lambat daripada pemenang. -- BERNAMA
#Andrea Dovizioso #Grand Prix Motosikal Malaysia #Itali #Litar Antarabangsa Sepang #MotoGP
;