Dominic Solanke sah berhijrah ke Liverpool
Agensi
Julai 11, 2017 20:20 MYT
Julai 11, 2017 20:20 MYT
Bekas penyerang muda England, Dominic Solanke, secara sah menjadi ahli keluarga baharu buat Liverpool.
Solanke, 19 tahun, sebelum ini menolak kontrak baharu yang ditawarkan Chelsea kepadanya.
Bayaran yang bakal diterima Solanke dijangka bernilai £3 juta (RM16.6 juta).
Namun, ia masih belum ditentukan pihak tribunal.
Solanke pernah menjaringkan empat gol ketika aksi Piala Dunia Bawah 20 Tahun di Korea Selatan baru-baru ini.