Djokovic tewas peringkat separuh akhir Tenis Terbuka Australia
Bernama
Januari 26, 2024 17:34 MYT
Januari 26, 2024 17:34 MYT
MOSCOW: Bintang tenis Serbia Novak Djokovic tumpas di tangan pemain Itali Jannik Sinner, sekali gus menandakan kekalahan pertamanya di peringkat separuh akhir kejohanan Terbuka Australia, lapor Sputnik.
Perlawanan berakhir dengan skor 6:1, 6:2, 6:7 (6:8), 6:3 memihak kepada pemain Itali berusia 22 tahun itu.
Perlawanan penuh mendebarkan yang berlangsung selama tiga jam 22 minit itu mengakhiri rekod kemenangan berturut-turut Djokovic membabitkan 33 perlawanan dalam kejohanan itu.
Djokovic sebelum ini mara ke peringkat separuh akhir sebanyak 10 kali di Melbourne dan berjaya memenangi semua perlawanan akhir. Beliau turut merangkul gelaran Grand Slam terbanyak 24 kali.
-- BERNAMA