Djokovic muncul juara Kejohanan Tenis Mubadala

Astro Awani
Disember 30, 2012 16:30 MYT
Kejohanan Tenis Mubadala di Abu Dhabi.
Novak Djokovic muncul juara selepas menewaskan Nicolas Almagro dalam perlawanan akhir Sabtu.
Djokovic menang 6-7, 6-3, dan 6-4.
Kedua-dua pemain ini beraksi sengit di set pertama sehingga berlanjutan ke tie-breaker.
Namun tuah ternyata milik Almagro apabila berjaya memenangi set tersebut.
Bersambung set kedua Djovokic mula mempamerkan aksi memberangsangkan.
Pemain nombor satu dunia itu kemudian menang mudah ke atas pemain Sepanyol tersebut.
Djokovic kemudian mengesahkan kemenangan di set ketiga, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lepas.
Sementara itu dalam satu lagi pertembungan ..david ferrer menumpaskan Janko Tipsarevic 7-6, 6-2 bagi memenangi tempat ketiga.
Keempat-empat pemain ini bakal menumpukan perhatian kepada kejohanan terbuka Australia pada Januari.
#Abu Dhabi #Almagro #Djokovic #Mubadala #tenis
;