Djokovic mulakan kempen 2023 di Terbuka Australia
Bernama
Disember 7, 2022 20:15 MYT
Disember 7, 2022 20:15 MYT
CANBERRA: Bintang tenis Novak Djokovic akan memulakan kempen 2023 di Terbuka Australia ke-10, umum pihak penganjur Adelaide International pada Rabu, lapor Xinhua.
Djokovic, pemenang grand slam 21 kali, akan membuat penampilan sulungnya di Australia selepas dua tahun dilarang memasuki negara itu kerana gagal mematuhi syarat pencegahan COVID-19.
Kerajaan kemudian menarik balik larangan itu pada bulan lepas.
Pemain Serbia itu akan berdepan beberapa pencabar hebat termasuk Felix Auger-Aliassime, Daniil Medvedev dan Andrey Rublev, selain bintang yang sedang meningkat naik Jannik Sinner dan pemain veteran Andy Murray.
Kejohanan Terbuka Australia 2023 akan membuka tirainya pada 16 Jan.
-- BERNAMA