Djokovic, Alcaraz berentap di pentas final tenis Olimpik 2024
Bernama
Ogos 3, 2024 10:30 MYT
Ogos 3, 2024 10:30 MYT
ANKARA: Legenda tenis Serbia, Novak Djokovic akan berdepan Carlos Alcaraz dari Sepanyol dalam final tenis perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 selepas mara di peringkat separuh akhir pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.
Djokovic menewaskan pemain Itali, Lorenzo Musetti dengan keputusan 6-4, 6-2, manakala Alcaraz menyingkirkan pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime, juga dengan kemenangan straight set 6-1, 6-1.
Djokovic, pemenang 24 gelaran Grand Slam akan berdepan Alcaraz, pemenang empat gelaran Grand Slam, dalam usaha mereka merebut pingat emas Olimpik perseorangan pertama pada Ahad ini.
Djokovic pernah memenangi pingat gangsa dalam acara Sukan Olimpik Musim Panas 2008.
-- BERNAMA