Ditinggal bas Barcelona, tak perlu bimbang kerana ini koleksi kereta Lionel Messi

Astro Publication
Mei 10, 2019 12:55 MYT
Tahukah anda bintang bola sepak itu turut memiliki kenderaan yang cukup hebat dan menarik.
SEJAK kekalahan Barcelona di tangan Liverpool beberapa hari lalu pada perlawanan Liga Juara-Juara, nama Lionel Messi agak hangat diperkatakan ketika ini selepas beliau ditinggalkan bas pasukannya untuk ke lapangan terbang.

Namun tahukah anda bintang bola sepak itu turut memiliki kenderaan yang cukup hebat dan menarik.

Memandangkan Messi menerima gaji kira-kira AS$45 juta setahun, adalah tidak mustahil untuknya memiliki kenderaan berprestasi dan unik.

Di sini, kami cuba senaraikan kenderaan yang dimiliki Messi:

(silverarrowcars.com)

1.Ferrari F430

Ferrari F430 adalah kenderaan pertama Messi yang mana jentera itu memiliki aerodinamik seakan-akan jentera Formula Satu.

(thesun.co.uk)

2. Ferrari 335 S Spider Scaglietti

Pemain berasal daripada Argentina itu turut dilaporkan menghabiskan £24 juta untuk memiliki Ferrari 335 S Spider Scaglietti tahun 1957. Jentera klasik itu memiliki enjin V12 Tipo 140 berkapasit 3.8 liter yang menyalurkan 360hp.

(pinterest.com)

3. Maserati Gran Turisimo S

Messi membeli Maserati Gran Turisimo S sejak 2008 lagi dan sudah menggunakan hampir 11 tahun sehingga kini. Jentera itu dijana enjin 4.7L V8 yang menghasilkan 434hp.

(pinterest.com)

4. Maserati Gran Turisimo MC Stradale

Jentera ini buat kali pertama diperkenalkan pada global di Paris Motor Show 2010. Ia menggunakan mesin V8 berkapasiti 4.2L yang mengekstrak 399hp dengan tork setinggi 509Nm.

(caranddriver.com)

5. Audi R8 V10

Selain kenderaan jenama Itali, Messi memiliki jentera buatan Jerman iaitu Audi R8 V10. Jentera ini dijana dengan enjin inspirasi biasa berkapasiti 5.2L V10 yang menghamburkan 533hp.

(pinterest.com)

6. Audi RS6 Avant Performance

Menerusi deretan supercarnya, satu lagi kenderaan Jerman yang digunakan iaitu Audi RS6 Avant Performance. Jentera itu adalah hasil kerjasama program dengan Barcelona. Pada masa sama, beliau turut memiliki Audi A7 dan Q7.

(stmed.net)

7. Dodge Charger SRT8

Ini bukannya jentera continental, ia adalah kenderaan buatan Amerika Syarikat iaitu Dodge Charger SRT8. Ia mempunyai enjin 6.4 liter Helmi V8 yang berkeupayaan memecut 0-100km/j dalam 4.2 saat.

Sebenarnya, banyak lagi kenderaan bintang bola sepak ini membabitkan Range Rover Vogue, Lexus LX 570, RX 350, Toyota Land Cruiser Prado, Prius, Cadillac Escalade dan Mini Cooper S.

#barcelona #general #koleksi kereta #Lionel Messi #messi #supercar
;