Dipecat sebahagian daripada tugas - Ancelotti

Astro Arena
Oktober 28, 2021 10:18 MYT
Koeman disingkirkan Blaugrana berikutan permulaan musim yang mengecewakan. - Astro ARENA
Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti berkata, dipecat adalah sebahagian daripada tugas selepas rakan sejawatannya, Ronald Koeman, dipecat oleh Barcelona awal pagi tadi.
Koeman disingkirkan Blaugrana berikutan permulaan musim yang mengecewakan, tewas 1-0 kepada Rayo Vallecano, menyaksikan mereka di tangga kesembilan LaLiga.
Spekulasi dan tekanan sengit memuncak mengenai masa depan pengurus dari Belanda itu sejak sebulan lalu dan bekas bos Chelsea dan Paris Saint-Germain (PSG), Ancelotti, turut mengambil kira.
"Saya telah dipecat beberapa kali dan saya masih di sini, hidup dan gembira," kata Ancelotti kepada selepas Real seri 0-0 di tempat sendiri dengan Osasuna.
"Dipecat adalah sebahagian daripada pekerjaan dan anda perlu memberikan segala yang anda ada sehingga hari anda dipecat.
"Anda perlu melihat ke hadapan sambil menjaga hati nurani yang bersih. Dia memberikan semua yang dia kepada pasukan."
Keputusan seri Real dengan Osasuna menyaksikan mereka ke puncak La Liga tetapi menyaksikan mereka hanya mengumpul empat daripada empat perlawanan liga.
Skuad kendalian Ancelotti turut gagal merekodkan sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan di laman sendiri, termasuk kekalahan 2-1 kepada Sheriff dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

@MrAncelotti: "I like how the team played. The 1st part not as much, but we made some quick changes, we were playing too much on the left. The 2nd part was better, I liked what I saw. I dont have anything to fault my players for. They gave everything. We have to keep going." pic.twitter.com/96ntPxcSDu

— Real Madrid C.F. (@realmadriden) October 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Carlo Ancelotti #Ronald Koeman #barcelona
;