Dimalukan Jerman, pasukan Brazil teruk disindir di Twitter
Astro Awani
Julai 9, 2014 11:22 MYT
Julai 9, 2014 11:22 MYT
Kekalahan Brazil ditangan Jerman dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 awal pagi tadi mendapat berbagai reaksi dilaman Twitter.
Ramai yang menyindir pasukan yang sering menyertai Piala Dunia itu yang dimalukan Jerman dengan jaringan 7-1 di gelanggang sendiri.
Berikut merupakan antara reaksi peminat Piala Dunia 2014 di laman mikro Twitter selepas Brazil kalah teruk kepada pasukan Jerman.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berjenaka dengan berkata perlawanan harus dihentikan:
Ahli politik lain turut menyindir tuan rumah:
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pasukan Brazil "dibelasah":
Para artis juga tidak ketinggalan untuk memberi komen mereka tentang perlawanan awal pagi tadi. Datuk Siti Nurhaliza ingin Jerman terus mencapai 8 gol.
Orang ramai turut menyindir pasukan Brazil, dimana mereka anggap ia sebagai kekalahan paling teruk:
Facebook Astro AWANI turut menerima pelbagai reaksi tentang kekalahan Brazil. Ada yang berjenaka dengan corak permainan Brazil:
Muhamad Ridzuan: Di sebalik kekalahan ini, pasukan Brazil telah berjaya mencipta formasi baru iaitu 0-6-4 yang sangat menarik
Pendekar Laut: 7-1 tuuuuu. Kalah Jerman lawan Malaysia pun baru kalah 5-0
Khairul Rado: BRA71L
Wandiyazid M Rosly: Pele, please come back!!!