AS dilapor pertimbang langkah pengasingan Google AdWords, Android dan Chrome

Amanz
Ogos 14, 2024 05:50 MYT
Pihak berkuasa AS dilapor sedang melihat kepada beberapa langkah ini dalam mengurangkan dominasi Google dalam arena enjin carian. -Gambar fail
GOOGLE baru-baru ini dilihat mempunyai monopoli pasaran enjin carian.
Disebabkan itu, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dilapor sedang melihat kepada beberapa langkah dalam mengawal situasi berkenaan, termasuk untuk memecahkan syarikat berkenaan kepada beberapa syarikat kecil lain.
Menurut laporan Bloomberg, pihak berkuasa juga sedang melihat untuk meminta Google mengasingkan sistem operasi Android dan juga pelayar web Chrome sebagai syarikat berasingan.
Kedua-dua platform ini dikatakan antara yang membawa kepada monopoli Google dalam arena enjin carian.
Di samping itu, pihak berkuasa juga sedang melihat kepada AdWords untuk diasingkan – iaitu platform Google yang memfokuskan kepada pengiklanan dalam enjin carian.
Ini turut akan membolehkan teknologi AdWords digunakan pada enjin carian yang lain seperti Bing.
Pihak berkuasa AS dilapor sedang melihat kepada beberapa langkah ini dalam mengurangkan dominasi Google dalam arena enjin carian.
Apa pun, tidak diketahui lagi sama ada langkah ini akan diambil, atau Google akan dapat mengatasinya melalui rayuan yang dijangka didengari di mahkamah pada September. -Amanz
#Monopoli Google #Langkah kawalan AS #Pengasingan Android dan Chrome #Platform AdWords