Digantung satu perlawanan, Tuchel terlepas aksi Chelsea-Leicester City

Astro Arena
Ogos 27, 2022 11:46 MYT
Tuchel (kanan) bertelagah Conte berikutan keputusan seri 2-2 antara dua pasukan itu di Stamford Bridge, London, 14 Ogos lalu. - Gambar fail/Astro ARENA
KETUA jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel, akan menjalani hukuman digantung satu perlawanan menentang Leicester City hari ini, Persatuan Bola Sepak (FA) mengesahkan.
Tuchel menerima penggantungan itu selepas dia bertelagah dengan ketua jurulatih Tottenham Antonio Conte berikutan keputusan seri 2-2 antara seteru London itu di Stamford Bridge 14 Ogos lalu.
Kedua-duanya sudah berselisih faham ketika perlawanan sebelum Tuchel menarik Conte ke arahnya semasa berjabat tangan selepas perlawanan.
Ia menyebabkan berlaku huru-hara, mengakibatkan kedua-dua jurulatih dilayangkan kad merah oleh pengadil Anthony Taylor.
BACA: Conte terlepas hukuman FA kerana jadi mangsa keadaan
Kedua-duanya kemudiannya didenda, tetapi Conte mengelak larangan garis tepi selepas FA menganggap Tuchel telah memulakan pertengkaran itu.
Tuchel merayu terhadap penggantungannya, yang membolehkannya berada di garis tepi untuk kekalahan 3-0 di Leeds United hujung minggu lalu, tetapi FA telah mengesahkan rayuannya gagal, bermakna pengendali Jerman itu tidak akan hadir untuk perlawanan hari ini.

Matchday eve! pic.twitter.com/8JgNBEh0Qx

— Chelsea FC (@ChelseaFC) August 26, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Chelsea-Leicester City #gantung satu perlawanan #Thomas Tuchel-Antonio Conte #FA
;