Dickson Nwakaeme minta RM400 ribu

Astro Arena
Januari 3, 2016 15:09 MYT
Terengganu ketika ini masih tercari-cari import penyerang bagi mengukuhkan barisan jentera serangan. - Gambar Astro ARENA
Itulah jumlah gaji yang diminta Dickson Nwakaeme, bekas penyerang Pahang FC itu apabila didekati Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) yang berkenan membawa pemain itu ke Terengganu.
Permintaan yang terlalu tinggi itu sekaligus memaksa PBSNT melupakan niat mereka.
Terengganu ketika ini masih tercari-cari import penyerang bagi mengukuhkan barisan jentera serangan.
Sebelum ini Terengganu ada membuat sesi pemilihan terbuka namun tiada pemain penyerang yang mampu memikat hati pengendali Ahmad Yusoff.
#Ahmad Yusoff #Dickson Nwakaeme #Pahang FC #Persatuan Bola Sepak Terengganu
;