"Dia perlu kuat," kata jurulatih Selangor kepada Faisal Halim
Astro Arena
Januari 2, 2025 09:15 MYT
Januari 2, 2025 09:15 MYT
KETUA jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, menjelaskan Faisal Halim perlu menjadi lebih kuat daripada kebiasaannya bagi mendapatkan momentum terbaiknya kembali di atas padang.
Sepanjang di bawah jurulatih kelahiran Jepun itu, Faisal turut diberikan peluang beraksi selain menjadi watak penting dalam membantu Gergasi Merah itu mara ke separuh akhir Piala Cabaran 2024/25.
"Dia semakin baik, dia salah seorang pemain saya daripada pemain-pemain lain. Dia perlu lebih kuat daripada sebelum ini." katanya.
"Daripada data sudah membuktikan saya boleh beraksi dan bersedia untuk bermain selama 90 minit, tetapi saya tidak beraksi kerana mencari kecergasan dan rentak saya.
"Saya perlu hormati kawan-kawan dan pasukan. Mereka bekerja keras buat pasukan, tak mungkin saya baru datang selama dua minggu hendak beraksi." tambahnya.
Selangor akan meneruskan cabaran dalam kempen Liga Super 2024/25 berdepan Kuala Lumpur City pada 12 Januari depan. -