Di mana kedudukan ranking Harimau Malaya selepas atasi Chinese Taipei?
Astro Arena
November 21, 2023 12:12 MYT
November 21, 2023 12:12 MYT
BERDASARKAN kedudukan semasa ranking di footranking.com, Harimau Malaya kini jatuh satu anak tangga ke kedudukan ke-130 dunia.
Skuad negara, yang sebelum ini berada di tangga ke-137 dunia, dijangka melalui lonjakan tujuh anak tangga kepada ke-130 dunia selepas menumbangkan Kyrgyzstan 4-3 pada Khamis lalu.
Kemenangan dalam pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil itu memberikan tambahan 15.49 mata buat Harimau Malaya dan secara keseluruhan menghimpunkan 1112.21 mata.
Ia dijangka melonjak lebih tinggi seandainya skuad bimbingan Kim Pan-gon itu dapat menewaskan Chinese Taipei di gelanggang lawan malam esok.
Semalam, Malaysia naik satu anak tangga susulan kekalahan Tanzania kepada Niger, yang meletakkan Harimau Malaya di tangga ke-129 dunia, tetapi Harimau Malaya kembali turun satu anak tangga berikutan kemenangan Sudan ke atas Congo semalam.
Bagaimanapun, sekiranya dapat menewaskan Chinese Taipei, skuad negara akan kembali ke tangga ke-129 dunia seandainya Mali dapat menewaskan atau seri dengan Republik Afrika Tengah awal pagi esok.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro