Dharma: Jangan lupa diri dengan gaji lumayan

Astro Awani
Januari 2, 2013 01:02 MYT
Ketua jurulatih Skuad Projek 2013, Muhammad Dharma Raj Abdullah menasihatkan penyerang negara Faisal Saari tidak lupa diri dengan gaji lumayan dalam saingan Liga Hoki India.
Jelas Dharma Raj lagi Faisal harus fokus kepada masalah tunggalnya iaitu keadaan fizikal.
Faisal sebelum ini menerima tawaran pasukan Mumbai Medition dengan gaji berjumlah RM78,000.
Lantas ia bakal menjadikan Faisal pemain paling mahal dalam sejarah hoki negara.
Apa yang lebih penting Liga Hoki India dibanjiri pemain Eropah dan ia tempat terbaik buat Faisal bersaing dengan pemain bertubuh lebih besar.
Dharma mula membentuk karier Faisal sejak 2008 menjadikannya antara pakar pukulan sudut penalti yang digeruni.
Faisal nyata sukar digugat di Malaysia atau di peringkat Asia namun dia bergelut dalam kejohanan yang disertai pemain Eropah.
Contohnya pada kempen kelayakan sukan Olimpik lalu di Dublin, Ireland dan cabaran juara-juara satu di Argentina.
Namun pada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di Doha, Qatar tempoh hari, Faisal cemerlang dengan memperoleh enam gol bagi membantu Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga.
#Faisal Saari #Liga Hoki India #Muhammad Dharma Raj Abdullah