Dhabitah iringi 3 penerjun lain ke Rio
Astro Arena
September 5, 2015 19:04 MYT
September 5, 2015 19:04 MYT
Nur Dhabitah Sabri mencipta kejutan di acara 10m plaftorm wanita akhir apabila merangkul pingat emas menewaskan wakil China Soo Mi Ya di Kejohanan Terjun Piala Asia 2015 yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.
Keputusan itu sekaligus melihat Dhabitah berjaya menempah tiket ke Olimpik Rio tahun depan mengiringi 3 penerjun lain, Pandelela Rinong Pamg, Ng Yan Yee dan Ooi Tze Liang.
Kegembiraan Dhabitah nyata terserlah apabila terus meluru ke arah ahli keluarga bagi berkongsi kegembiraannya.
Dhabitah menamatkan terjunan dengan 383.10 mata diikuti Soo Mi Ya ditempat kedua dengan 380.10 dan seorang lagi wakil negara Loh Zhia Yi ditempat ketiga dengan 346.10.
Keputusan ini sedikit sebanyak mengisi kegembiraan rakyat Malaysia yang berduka atas apa yang menimpa pasukan bola sepak Malaysia dan Nicol Ann David yang tersingkir di suku akhir semalam.
#China Soo Mi Ya
#ng yan yee
#Nur Dhabitah Sabri
#Ooi Tze Liang
#Pandelela Rinong Pamg
#Terjun Piala Asia