Deschamps mesti ada sebab peribadi tidak senaraikan saya - Laporte
Astro Arena
Disember 14, 2018 10:41 MYT
Disember 14, 2018 10:41 MYT
AYMERIC Laporte percaya jurulatih Perancis, Didier Deschamps, mempunyai 'sebab peribadi' kerana belum menyerahkan peluangnya untuk bersama skuad Les Bleus.
Laporte memainkan peranan sebagai watak utama di samping juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, dalam kempen musim ini apabila membentuk gandingan mantap dengan John Stones.
Meskipun memberi kesan besar dalam skuad kendalian Pep Guardiola itu selain kecederaan yang melanda pilihan utama Perancis, Samuel Umtiti, Laporte belum termasuk dalam perancangan Deschamps yang tidak menyenaraikannya sejak membuat penampilan di bangku simpanan dalam kekalahan 0-2 kepada Sepanyol pada Mac 2017.
Begitupun, Laporte menegaskan keputusan yang dibuat Deschamps itu tidak boleh dibuat berdasarkan prestasinya di atas padang semata-mata.
"Jurulatih tidak menelefon saya, jadi saya perlu menunggu. Saya perlu terus bekerja keras dan itu sahaja," Laporte memberitahu EiTB yang merupakan media dari rantau Basque di Perancis.
"Sudah tentu saya tidak fikir ia berkaitan dengan isu kesukanan. Anda perlu bertanyakannya secara peribadi, saya tidak mempunyai apa-apa masalah peribadi dengannya tetapi jika seseorang mempunyai masalah itu, itu adalah dia dan bukannya saya.
"Saya boleh menjadi juara dunia ... tetapi ini bergantung kepada keputusan jurulatih yang tidak menyenaraikan saya. Daripada sudut peribadi, saya perlu menghormatinya.
"Saya tidak akan menghubunginya. Untuk apa? Menghempas dia?
"Saya masih bekerja keras di peringkat kelab, bermain di peringkat tertinggi demi perkara ini (panggilan antarabangsa). Satu-satunya orang yang dapat menyelesaikannya ialah jurulatih."
Laporte, yang mencipta nama di Athletic Bilbao sebelum berpindah ke City pada Januari 2018, turut layak untuk mewakili Sepanyol, namun pemain berusia 24 tahun itu menolak sebarang kemungkinan untuk beralih kesetiaan.
"Beraksi untuk Sepanyol? Saya fikir ia sudah tertutup tetapi saya tetap akan memilih Perancis kerana saya adalah rakyat Perancis," kata Laporte.
"Saya tidak mempunyai dua kewarganegaraan dan saya tidak akan memohonnya. Saya tidak tahu jika bermain dengan Sepanyol merupakan satu kemungkinan."
#Aymeric Laporte
#bola sepak
#Didier Deschamps
#EPL
#John Stones
#les bleus
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester City