Derby Borneo: Ramon Machado wira Sabah FC

Astro Arena
Julai 8, 2023 00:34 MYT
Hujan tidak menghalang 'derby' Borneo daripada menjelmakan kenduri gol di antara Sabah dan Kuching City. - Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Hujan tidak menghalang 'derby' Borneo daripada menjelmakan kenduri gol di antara Sabah dan Kuching City, petang Sabtu.
Selepas hanya 11 minit perlawanan di Stadum Likas berlangsung, tuan rumah merobek gawang pelawat menerusi Saddil Ramdani.
Kesilapan Dechi Marcel di tengah padang kemudian membuka peluang terhidang buat bekas pemain import dari Brazil, Ramon Machado, untuk mencetak nama selaku penjaring bersama pasukan barunya itu.
Kuching City kembali menyambung separuh masa kedua dengan lebih agresif selepas mendapati ketinggalan 0-2 dan usaha itu membolehkan mereka merapatkan jurang melalui Amir Amri Salleh pada minit ke-55.
Namun, situasi tersebut hanya bertahan tiga minit apabila Stuart Wilkin mengembalikan kelebihan dua jaringan buat Sang Badak untuk kedudukan 3-1.
Suhu permainan menjadi makin hangat yang menyaksikan Abu Kamara melakar gol kelima perlawanan akibat kelalaian benteng barisan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu.
Abu Kamara sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Sabah mnuju baki lima minit pertemuan di Kota Kinabalu itu untuk mengikat kedudukan 3-3, namun sisa harapan mereka untuk berkongsi mata dimusnahkan oleh ledakan Machado ketika memasuki masa kecederaan untuk menjamin tiga mata.
SABAH 4 KUCHING CITY 3
#derby' Borneo #Liga Super #Sabah FC #Kuhcing City
;