Demichelis umum persaraan
Astro Arena
Mei 16, 2017 10:52 MYT
Mei 16, 2017 10:52 MYT
BEKAS pemain kebangsaan Argentina, Bayern Munich dan Manchester City, Martin Demichelis telah mengumumkan persaraannya daripada bola sepak profesional.
Pemain berusia 36 tahun itu menyertai semula Malaga selepas dilepaskan oleh Espanyol pada Januari dan membuat 12 penampilan sebelum mengumumkan musim terakhirnya sebagai pemain.
Demichelis telah membuat penampilan sebanyak 51 bersama Argentina dan menjaringkan dua gol mengumumkan persaraannya, semalam.
"Sejujurnya, saya seperti kehilangan semangat apabila mengumumkan perkara ini, saya amat berterima kasih kepada bola sepak," kata Demichelis.
"Malaga telah memberikan semula kepercayaan kepada saya untuk terus beraksi sehingga hari ini.
"Ia merupakan impian saya mengakhiri kerjaya saya di Malaga. Kelab ini akan sentiasa menjadi kenangan yang indah buat saya.
Demichelis merupakan antara pertahanan yang berpengaruh ketika membantu Manchester City menjuarai Liga Perdana Inggeris pada musim 2013-14.
Dia juga telah menjuarai Piala Liga pada 2014 dan 2016 ketika di England, sebelum kembali ke Malaga apabila gagal menyerlah dalam dua penampilan bersama Espanyol.