Demam Piala AFF: Dikritik peminat, Indra Putra kini tampil botak

Syafique Shuib
Disember 20, 2014 12:31 MYT
Indra Putra kini tampil dengan fesyen rambut botak. -Facebook/Indra Putra
Oleh kerana gaya rambutnya yang pernah dikritik oleh peminat sebelum ini, pemain bola sepak negara Indra Putra kini tampil botak.
Indra membuat naik gambar terbaru beliau di akaun rasmi Facebooknya, beberapa jam sebelum perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2014 antara Malaysia dan Thailand malam ini.
“Pada yang bagi nasihat dan teguran tentang potongan rambut saya, terima kasih banyak-banyak. Maaf pada sesiapa yang kurang senang dengan gaya rambut tersebut.
“Saya akan berhati-hati dalam memilih fesyen rambut. Excited final. Jom!” tulis beliau di Facebook.
Indra Putra menerima komen-komen positif namun apa yang lebih penting adalah agar Indra dan skuad Harimau Malaya dapat memenangi perlawanan akhir Piala AFF menentang Thailand malam ini. -Gambar: Facebook/Indra Putra
Kenyataan itu setakat ini menerima 567 komen, dan 11,483 Likes.
Ramai yang memuji sikap Indra yang boleh menerima teguran.
“Inilah pemain contoh dan berkarisma, boleh terima teguran untuk memperbaiki diri seterusnya menyumbang besar kepada skuad Harimau Malaya,” tulis Tunku Badlishah Tunku Adnan.
Noorul Aman pula pesan, “Mesti menang malam ini.”
Malaysia yang kalah 0-2 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok pada Rabu lepas berdepan misi getir untuk sekurang-kurangnya menjaringkan tiga gol tanpa balas bagi memastikan trofi Piala AFF kembali semua ke tanah air selepas 2010.
#harimau Malaya #Indra Putra #Piala AFF Suzuki 2014
;