Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Bernama
Mei 24, 2024 05:12 MYT
Mei 24, 2024 05:12 MYT
ISTANBUL: Monaco bersedia menjadi tuan rumah pusingan kelapan Kejuaraan Dunia Formula 1 2024 pada Ahad.
Perlumbaan 78 pusingan itu akan berlangsung di Litar Monaco sejauh 3.337km (2.07 batu), berhampiran pelabuhan negara bandar itu, lapor Agensi Anadolu.
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
Max Verstappen dari pasukan Red Bull mendahului kedudukan pemandu 2024 dengan 161 mata.
Charles Leclerc dari Ferrari berada di tempat kedua dengan 113 mata dan Sergio Perez di tempat ketiga dengan 107 mata.
-- BERNAMA