Del Nero bakal ditamatkan kontrak jika belum pulih

Zulhelmi Zainal Azam
Januari 31, 2013 18:24 MYT
Pemain tengah import Darul Takzim FC, Simone Del Nero kini berdepan penamatan kontrak susulan kecederaan yang dialaminya belum pulih.
Perkara itu disahkan ketua jurulatih skuad Harimau Selatan, Fandi Ahmad.
"Kami akan lihat perkembangan dia dahulu. Jika dia tidak boleh pulih, sesuatu harus dilakukan ketika pintu perpindahan pemain dibuka April ini," kata Fandi.
Tambah Fandi, pihaknya mempunyai rancangan alternatif jika bekas pemain Lazio itu gagal pulih dalam tempoh yang ditetapkan.
"Jika Del Nero tidak boleh pulih, kami akan tukar dan cari pemain baru. Kami tidak ada pemain tengah."
Del Nero, 32 tahun merupakan pemain import kedua pasukan Darul Takzim selepas Daniel Guiza dari Sepanyol.
Mengikat kontrak selama setahun dan lanjutan setahun lagi, pemain kelahiran Carrara, Itali itu bagaimanapun belum membuktikan kemampuannya.
Ia berikutan kecederaan dialaminya yang turut menyaksikan Del Nero terlepas beberapa perlawanan penting, awal musim ini.
#Darul Takzim FC #Fandi ahmad #Harimau Selatan #Johor #Simone Del Nero
;