DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
Amanz
Februari 22, 2025 12:00 MYT
Februari 22, 2025 12:00 MYT
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan. -Reuters
DEEPSEEK telah menjadi salah satu perbualan hangat sejak awal tahun ini, sekali gus memberikan impak tinggi kepada syarikat-syarikat memfokuskan kecerdasan buatan lain.
Ringkasan AI
- DeepSeek telah menjadi topik hangat kerana kejayaan mereka dalam membangunkan model kecerdasan buatan yang beroperasi dengan baik pada kos yang lebih rendah.
- DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repositori minggu hadapan, menunjukkan komitmen mereka terhadap keterbukaan dan kolaborasi.
- Selain DeepSeek, Meta juga menawarkan model bahasa raya mereka dalam bentuk sumber terbuka, menunjukkan trend ke arah keterbukaan dalam pembangunan AI.
Salah satu sebabnya adalah kerana mereka berjaya membangunkan model mereka yang beroperasi dengan baik, pada kos jauh lebih rendah berbanding yang lain.
Terbaharu, dalam terus telus dengan komuniti dan pada masa yang sama berkongsi progres pembangunan mereka, DeepSeek hari ini menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.
Dengan langkah ini, ia memperlihatkan DeepSeek dari China menjadi firma yang lebih terbuka dalam pembangunan progres dan juga model kecerdasan buatan mereka, dalam visi untuk mencapai AGI. Ini jauh berbeza dengan pelbagai syarikat Amerika lain yang membangunkan secara tertutup.
Selain DeepSeek, Meta turut menawarkan model bahasa raya mereka dalam bentuk sumber terbuka.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah lagi yang akan dikongsikan oleh DeepSeek dalam terus menerajui arena kecerdasan buatan ini secara sumber terbuka. -Amanz