Debar sepak mula makin terasa, semangat #webelangtogether kian membara
Rahimah Abdullah
Disember 1, 2018 19:00 MYT
Disember 1, 2018 19:00 MYT
PENYOKONG Malaysia dan Thailand mula membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan pertemuan separuh akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2018 malam ini.
Kemeriahan dapat dirasai daripada status dan gambar yang dimuat naik di laman sosial.
Perlawanan akan gunakan format timbal balik dengan skuad negara melayani kunjungan Thailand hari ini, sebelum ke Bangkok, Thailand pada 5 Disember.
Sebelum itu, LRT Bukit Jalil dipenuhi dengan penyokong yang sejak awal petang tadi untuk memasuki Stadium Nasional Bukit Jalil.
Beberapa peminat tegar pasukan Harimau Malaya kelihatan tidak sabar menantikan sepak mula.
#AFF Suzuki Cup
#Bangkok
#bola sepak
#Bukit Jalil
#football
#Harimau Malaysia
#laman sosial
#Malaysia
#Netherlands
#Thailand
#Twitter
#WeBelangTogether
#World Cup