De Jong bakal sertai Barcelona dengan RM351 juta

Ian Johan Ariff
Januari 24, 2019 10:37 MYT
Barcelona umum Frenkie de Jong akan menyertai pasukan itu pada musim panas nanti. - Gambar fail
Barcelona mengumumkan pemain tengah Ajax, Frenkie de Jong akan menyertai pasukan itu pada musim panas nanti.
Kelab Sepanyol itu membayar £65 juta (RM351 juta) untuk mendapatkan pemain antarabangsa Belanda berusia 21 tahun itu.
Sebelum ini, de Jong dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City, Juventus dan Paris St-Germain.
De Jong menyertai kelab Amsterdam itu pada 2015 dari Willem II dengan membuat 65 penampilan.
Sebelum ini, Barcelona membuat kejutan apabila mendapatkan Kevin-Prince Boateng secara pinjaman dari kelab Itali, Sassuolo.
Boateng pernah beraksi untuk Tottenham Hotspur, Schalke 04 dan AC Milan.
#Ajax #barcelona #Belanda #Frenkie de Jong #January Transfer #Willem II
;