De Gea akan bangkit, kata penolong jurulatih Sepanyol
Astro Arena
Jun 18, 2018 20:09 MYT
Jun 18, 2018 20:09 MYT
Carlos Marchena berkata penjaga gol Sepanyol, David de Gea, masih mendapat sokongan daripada rakan sepasukan dan akan bangkit daripada kesilapan yang dilakukan ketika berdepan Portugal.
De Gea gagal mendakap kemas bola rembatan jarak jauh Cristiano Ronaldo ketika Sepanyol seri 3-3 berdepan Portugal dalam aksi pembukaan Piala Dunia, Jumaat lalu.
Penjaga gol Manchester United itu melakukan dua kesilapan dalam tiga aksi bersama Sepanyol dan ia meningkatkan kerisauan mengenai harapan mereka untuk sekali lagi bergelar juara dunia.
Tetapi penolong jurulatih Sepanyol, Marchena, memberikan sokongan kepada De Gea dengan berkata pemain berusia 27 tahun itu memiliki perwatakan untuk bangkit.
"Seperti apa yang dikatakan oleh Luis Aragones, De Gea seorang pemain yang hebat," katanya.
"Perkara-perkara sebegini berlaku dalam bola sepak, tetapi dia masih mendapat kepercayaan daripada rakan sepasukan serta jurulatih (Fernando Hierro).
"De Gea adalah pemain yang sentiasa bersedia menerima setiap apa yang akan berlaku."
Sepanyol akan kembali beraksi dalam Kumpulan B berdepan Iran, Rabu ini.
#Carlos Marchena
#Cristiano Ronaldo
#David de Gea
#fernando hierro
#FIFA
#Luis Aragones
#Piala Dunia 2018
#Portugal
#Russia
#sepanyol
#World Cup