Datuk Lee Chong Wei semakin letih - Hendrawan
Astro Arena
Jun 28, 2015 18:00 MYT
Jun 28, 2015 18:00 MYT
Jurulatih perseorangan negara Hendrawan mengakui penggantungan 8 bulan kes doping Datuk Lee Chong Wei telah memberi kesan negatif dari aspek psikologi atlet itu.
Menurut laporan akhbar The Star atlet itu kini dalam misi menyiapkan diri untuk Kejohanan Dunia pada Ogos namun menyertai dua kejohanan berturut-turut telah menampakkan kesan terhadapnya.
Ketika ini Chong Wei sedang beraksi di Terbuka Kanada dan akan berdepan Ng Ka Long Angus dari Taiwan di pusingan akhir.
Hendrawan memberitahu ketika memenangi peringkat suku akhir, Chong Wei memaklumkkan bahawa dia berdepan kesukaran untuk mengekalkan fokus dalam setiap perlawanan.
Bekas pemain no.1 dunia itu sudah mencecah umur 32 tahun, sememangnya akan tiba masa dimana dia sudah tidak mampu mempamerkan tahap kecergasan tinggi seperti sebelum ini.
Lebih mengukuhkan fakta itu, Datuk Lee Chong Wei telah tewas sekurang-kurangnya 1 set selepas 3 perlawanan setakat ini.
Selaku jurulatih, Hendrawan memuji semangat Chong Wei yang berjaya memperbaiki rankingnya dari 180 dunia ke tangga 99 namun dia berpendapat ranking bukanlah segala-galanya.