Datuk Lee Chong Wei raih kejuaraan Terbuka Indonesia
Astro Awani
Jun 17, 2013 11:52 MYT
Jun 17, 2013 11:52 MYT
Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei meraih gelaran keempat tahun ini selepas menewaskan pemain Jerman, Marc Zwiebler di perlawanan akhir.
Selain itu, ia juga kejuaraan kelima yang dimenangi oleh Chong Wei di Indonesia.
Beliau turun dengan status sebagai pemain nombor satu dunia, Chong Wei jelas pilihan utama dalam pertemuan ini.
Set pertama menyaksikan dia mudah menguasai permainan bagi memperoleh mata demi mata.
Pertarungan itu memihak Chong Wei dengan kemenangan 21-15.
Laporan selanjutnya dapat diikuti melalui video yang telah disediakan.