Darwin Nunez muncul wira Liverpool di City Ground

Astro Arena
Mac 3, 2024 09:50 MYT
Darwin Nunez meraikan kejayaan menjaringkan gol pembukaan pasukannya ketika perlawanan EPL antara Nottingham Forest dan Liverpool di City Ground, Nottingham, England, 2 Mac 2024. (Foto AP)
KEPULANGAN Darwin Nunez kembali beraksi berakhir dengan jaringan kemenangan buat pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool yang berjaya mengatasi Nottingham Forest 1-0 semalam.
Penyerang Uruguay itu menanduk masuk bola pada minit kesembilan masa tambahan untuk memastikan skuad kendalian Jurgen Klopp mendahului puncak liga berkelebihan empat mata.
Tiga perlawanan dalam tempoh tujuh hari kelihatan sudah mula memberikan impak kepada kelab Merseyside itu, namun jaringan di penghujung permainan daripada Nunez memastikan meraih kemenangan pertama di City Ground dalam tempoh 40 tahun dan 14 perlawanan.

INCREDIBLE. pic.twitter.com/miRyMoUw1C

— Liverpool FC (@LFC) March 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Liverpool #Nottingham Forest #Darwin Nunez
;